Ramai teruja tengok harga rumah lelong yang rendah, tapi jangan lupa — rumah lelong perlukan persediaan. Dalam artikel ini, kami kongsikan asas penting supaya anda tak buat kesilapan yang boleh dielakkan.
1. Semak Status & Rekod Hartanah
Pastikan rumah bebas dari sekatan, tiada ubahsuai tanpa kebenaran, dan bukan unit bermasalah.
2. Lakukan Site Visit Jika Boleh
Melihat rumah secara fizikal boleh beri gambaran sebenar. Anda boleh nilaikan keadaan rumah dan kos baik pulih lebih tepat.
3. Ketahui Kelayakan Kewangan Anda
Sama ada guna loan atau cash, anda mesti tahu kemampuan kewangan. Jika guna pinjaman, semak kelayakan terlebih dahulu.
4. Deposit 10% Perlu Dibayar Terus
Jangan terkejut – bila menang bidaan, anda perlu bayar deposit 10% terus kepada pihak lelong. Pastikan dana ini tersedia.
5. Fahami Terma & Syarat Prosedur Lelongan
Jangan main bida. Fahami dulu dokumen seperti Proclamation of Sale (POS) dan Condition of Sale (COS).
Rumah lelong beri peluang besar, tapi pastikan anda buat keputusan dengan ilmu. Teruskan bersama ZonLelong untuk lebih banyak panduan dan pengalaman dunia hartanah lelong.
